Gitar tidak wujud di zaman salaf soleh ,tapi alat-alat muzik yang bertalimacam ini dikenali dgn nama ' alMa'azif. Ataupun dikenali dengan alat-alat yang dipetik.
Hadith yg melarangnya ialah hadith Al-Bukhari dari Abu Malik alAsy'ari:
" sungguh akan terjadi satu kaum dari ummatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik petik." (Bukhari: bab Asyribah, # 5590). Hadith ini mu'allaq (tanpa sanad) dan ia menjadi khilaf di kalangan ahli hadith sama ada hadith ini boleh dijadikan hujah.
Ibn Hazm dan Al-Imam Al-Qardhawi (Fiqh alGhinaa' wal Musiqii) mengatakan hadith ini tidak boleh dijadikan hujah kerana kecacatannya kerana dalam jalur periwayatannya terdapat perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Ini diakui sendiri oleh Ibn Hajar dalam Hadyu Sari/448.
Maka gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram. Ia sama spt motor atau kereta. Keduanya harus dan halal. Tapi jika kereta itu digunakan utk lumba haram, utk bermegah-megah, utk ke Pub dan nightclub, maka itu dinamakan salah guna. Begitu juga gitar tadi, lagu apa yg dimainkan, apakah imej seorang pemain gitar di mata masyarakat? suasana gitar itu dipetik...itulah yg perlu dikaitkan.
Tapi hukum gitar dan petikan gitar ..tidaklah ada masalah. Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa?
Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.
Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika ingin bermain gitar juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.
Walau apapun, hukum gitar dan petikan gitar ..tidaklah ada masalah. Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa?